PART 3 CERPEN LESTRARI KASIH CYPERUS ROTUNDUS
PART 3
Cuaca harini agak sejuk,tiupan angin yang sederhana laju membuatkan pokok-pokok
bergoyang-goyang.Namun ini tidak mematahkan semangat Hairi untuk menyiasat sendiri rumah
di pinggir hutan itu.
“Huish sejuknya...mungkin jugak nak hujan ni,awan pun nampak dah gelap sikit”telah Hairi
sendirian.Mujur saja haiti memakai sweater tebal jadi rasa sejuk berkurang sikit.Dia
mempercepatkan langkah agar segera sampai ke rumah itu.
Hairi terpegun melihat susunan pokok yang tersusun kemas di halaman rumah bangaloo
itu.Hairi sendiri pun pelik kerana tiada sedikitpun tanda-tanda yang penghuni rumah tersebut
orang yang misteri.Kelihatan seorang ayah dan anak sedang bergurau senda.Sesekali timbul
rasa ingin tahu siapakah gerangan pak cik itu dan anak perempuannya itu.
Sempat pula Hairi berselindung di sebalik sebatang pokok besar yang agak merimbun.
“Aduh!sakitnya!”Hairi mengerang kesakitan apabila ranting pokok menghempap
kepalanya.Mujurlah ranting itu kecil saja namun tetap jua terasa sakit jika terjatuh di atas
kepala.Sempat dia mengosok perlahan kepalanya untuk mengurangkan rasa sakit.
Prof Rashdan yang mendengar suara itu terus bergegas ke tempat Hairi.Dia segera membantu.“Anak tak apa-apa?”itulah soalan yang terpacul di bibir Prof Rashdan tatkala dia cuba
membantu Hairi.
Hairi tergaman.Dia kaku ditempatnya sambil mengosok kepalanya yang masih sakit.Tanpa
berlengah terus saja Prof Rashdan memapah Hairi lalu dibawa masuk ke halaman
rumahnya.Lantas Hairi didudukkan di atas sebuah bangku.
“Naira,pergi ambil emergency box dalam bilik abah”arah Prof Rashdan kepada anaknya Naira
yang turut ada disitu sambil memerhati gerangan pemuda yang sedikit cedera di kepalanya.
“Baik abah”
USAI menyapu ubat pada kepala Hairi,Prof Rashdan menjemput Hairi minum bersama sambil
makan kaipap.Hairi sedikit segan namun pelawaan Prof Rashdan berkali-kali itu akhirnya
membuatkan dia akur dan mula menguyah sebijik karipap.
“Anak nak kemana tadi?”tanya Prof Rashdan ingin tahu.Setahu dia tiada orang kampung yang
tinggal di pinggir hutan ini melainkan dia dan Naira saja.
“Ouhh...say...sayaaa ingat nak pergi kutip pucuk paku,mak nak buat bubur lambuk esok”dalih
Hairi pula.Mana mungkin dia menceritakan niatnya sebenar adalah untuk menyiasat keluarga
pak cik ini.
“Pak cik...boleh saya tahu pak cik buat apa dekat sini?maksud saya pak cik dari mana
dulu?”berbelit juga lidah Hairi untuk menyusun kata.
Lama Prof Rashdan terdiam.Dengan tepat dia memandang Hairi.Dia tahu anak muda di
hadapannya itu seorang yang jujur,jadi dia berhasrat menceritakan pada Hairi.
“Sebelum tu boleh pak cik tahu nama anak?”
“Boleh pak cik...Saya Muhammad Hairi.Boleh panggil Hairi je”balas Hairi dengan ramah.Sempat
pula dia mempamerkan senyuman untuk Prof Rashdan.“Bailah Hairi,pak cik dulu kerja dekat luar negara…”Prof Rashdan bagaikan berjeda
seketika.Intonasi suaranya juga kedengaran sebak.
Lepas isteri pak cik meninggal,pak cik dan anak pakcik,Naira pulang dekat Malaysia.Pak cik
sengaja pilih kampung ni sebab pak cik rasa alamnya masih terjaga dan belum
diterokai.Jadinya bagus untuk anak pak cik dirawat.
“Hah dirawat?maksud pakcik?”
“Naira ni hidap penghidap kanser,jadi pak cik sedaya upaya nak rawat penyakit dia.Kalau Hairi
nak tahu pokok yang macam rumput tu namanya Cyperus Rotundus.Berdasarkan beberapa
kajian terhadap sampel pokok itu,pak cik percaya yang dia mampu menjadi penawar kepada
sakit anak pak cik.
“Berapa lama lagi kena tunggu pak cik?”tanya Hairi berminat.
“Tak lama dah,mungkin dalam satu bulan je lagi.Kalau Pak cik dah dapat result dari lab Eropah
bagitau yang dia sesuai jadi penawar,jadi pak cik akan segerakan untuk rawat Naira.Pak cik
sayang dia,Hairi.Dia satu-satunya yang pak cik ada sekarang ni.
“In Sha Allah,semoga dipermudahkan urusan pak cik sekeluarga”Doa Hairi pula.
SEJAK pertemuan tempoh hari,boleh dikatakan setiap hari Hairi akan datang ke rumah Prof
Rashdan dan mempelajari mengenai pelbagai ilmu yang dari Prof Rashdan.Malah hubungan
Hairi dan Naira juga semakin rapat.Mereka bagaikan ibarat teman rapat.Lama kelamaan
hubungan antara Hairi,Prof Rashdan dan Naira semakin rapat.
1 Comments
Pandai akak berkaryaa
ReplyDeleteHai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.