Assalamualaikum dan hai semua.Pada entri kali ini nuna ingin kongsikan tentang kebaikan "Vaseline"yang jarang kita tahu.Sebenarnya vaseline ni boleh dikatakan sebagai 1001 kegunaan tau.

Banyak kebaikan rupanya produk Vaseline ini. Selama ini ingatkan ia untuk melembutkan bibir saja, ternyata sebenarnya banyak fungsi Vaseline ini  yang boleh dimanfaatkan bagi golongan wanita untuk berhias.Best sangat tau.


Baiklah jom kita  lihat kebaikan "vaseline".
 

 
www.nunaabdullah.com





1. BULU MATA

Sapukan sedikit pada bulu mata sebelum masuk tidur. Buat setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah panjang bulu mata. 

2. KAKI

Nak kaki lembut seperti bayi, sapu setiap hari sebelum tidur dan selepas itu pakai stokin. Esok bila bangun, kaki lembut kalah baby. 

3. SIKU

Siku hitam atau kering, sapu benda ini setiap hari dan lama kelamaan hilang hitam dan kulit tak akan kering. 

4. KUKU

Nak kuku cantik, sapu Vaseline ini pada cuticles. Sapu tiga kali sehari untuk mendapatkan kelembutan dan kecantikan pada cuticles anda. 

5. BIBIR

Nak bibir lembut dan tak kering, sapukan Vaseline ini setiap malam sebelum tidur. Menjadi guys! Nak pakai lipstick pun senang. 

6. LIP GLOSS

Tak ada bajet beli lip gloss, guna saja Vaseline ini. 

7. MINYAK WANGI TAHAN LAMA

Nak minyak wangi tahan lama, sebelum sembur minyak wangi itu, pakai dulu Vaseline di tangan, leher dan kemudian baru sembur. Tahan lama bau perfume itu nanti. 

8. SEBAGAI PELEMBAP JERAWAT

Sapukan Vaseline di jerawat dan nanti boleh kecutkan jerawat.

9. PELEMBAP MUKA

Muka kering, boleh letak Vaseline ini. Jimat duit tau.

10 LUTUT HITAM

Haa, ada masalah lutut kering atau hitam, boleh juga letak Vaseline ini. 

11. SCRUB BADAN

Campur dengan garam laut scrub badan yang 10 tahun tak scrub itu.


Semoga bermanfaat untuk semua.Jumpa lagi di lain entri ya.

salam sayang-nuna abdullah 

1 Comments

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.