Assalamualaikum semua.Okey pada entri kali ini,nuna hendak menceritakan sedikit pengalaman nuna sendiri menggunakan Biore UV protection ni.

Sebenarnya nuna sememangnya tidak suka sangat sapu banyak benda dekat muka,rasa tak selesa dan kadang-kadang rasa rimas.Hehehe.

Okey tapi so far bagi nuna Biore UV protection ni agak bagus produk dia dan paling penting cepat menyerap ke kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak.Memang best sangat pakai dan ringan je tau!

Biore UV protection


 Kalau anda semua nak tahu nuna sendiri memang rutin pakai Biore UV protection ni sebelum keluar kemana-mana.Fungsinya adalah untuk menghalang cahaya matahari terus ke kulit kita.So far sangat bagus la untuk mengelakkan sunburn.

Sejak bila nuna rutin pakai Biore UV protection ni?

Dah lama dah.Boleh kata dalam setahun lebih dah nuna amalkan konsisten pakai yang ni sebelum keluar.Oh ya lupa nak beritahu,nak lebih smooth make sure korang pakai produk ni dulu sebelum apply foundation dekat muka ya.

Memang best pakai dan sangat recommend untuk anda diluar sana untuk mencuba!

Jadi sesiapa yang sedang mencari sun protection yang berkualiti pada harga yang mampu milik harus cuba produk ni.

Pada pendapat nuna sendiri,nuna bagi 8/10 bintang untuk produk ni.Syabas Biore!

p/s:ini bukan iklan atau review produk ya.Ini ikhlas dari pengalaman nuna sendiri selaku pengguna Biore UV protection ni.


Terima kasih kerana berkunjung ke blog nuna.Kita jumpa lagi di lain entri ya.

Salam Sayang-nuna abdullah :)









1 Comments

Hai visitor

komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.