RESEPI POPIA BASAH BUATAN SENDIRI
Hai semua.Selamat berpuasa pada hari ke-7 ramadhan tahun 2021.Selamat berpuasa nuna ucapkan.Pada entri kali ini nuna ingin berkongsi resepi pencuci mulut yang sedap,rangup dan manis.Apa dia tu?Tak lain dan tak bukan adalah Popia Basah buatan sendiri.
Jom kita tengok apa resepinya.Sempat kalau anda semua nak sediakan bahan untuk membuat popia basah buat berbuka nanti.
Resepi Popia Basah kulit buatan sendiri
Bahan-Bahan:
Bahan Kulit
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan Inti Popia
1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia
1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia
4. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
5. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal
6. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
7. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
8. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
Tip:
cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakkan sambal dahulu pun boleh dan nak curah.
kalau sesiapa yang allergic seafood tak perlu letak udang kering dalam inti popia ya.
Itu saja resepi popia basah.Mudah dan senang aje.Jadi untuk anda diluar sana selamat mencuba!
Kredit:Fb:Resepi dari mulut dari hati
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.