JOM KENALI JENIS JENIS DAN FUNGSI BERUS MAKEUP DENGAN MUDAH
Assalamualaikum
dan hai semua.Harini nuna hendak kongsikan tentang topik yang sangat dekat
dengan kaum Hawa.Apa dia?Tak lain dan tak bukan adalah berus makeup.Apa yang
anda semua tahu tentang berus makeup?Nuna rasa kanak kanak zaman sekarang lebih
arif dan pintar bermakeup.Hehe,betul kan apa yang nuna katakan?
Sebelum
itu,nuna pasti kadang kala kita hanya membeli berus makeup tanpa mengetahui
funginya.Malahan ada sahaja wanita diluar sana yang hanya menbeli sahaja berus
dan semua berus dianggap mempunyai fungsi yang sama sahaja.
Sebenarnya,berus makeup ini nampak sahaja
hampir sama tetapi fungsinya adalah berbeza.Ada pelbagai jenis berus
makeup.Salah satunya adalah "foundation brush".Nuna yakin mesti ramai
wanita diluar sana yang selalu menggunakan "tangan"untuk meratakan
foundation dimuka.
Namun,penggunaan
berus seperti" foundation brush"adalah lebih bagus untuk merapikan
serta membuatkan solekan nampak kemas dan terletak elok diwajah.
Jadi
di sini, ada 11 jenis berus makeup yang terdiri daripada:
·
Angle brush
·
Foundation brush
·
Powder brush
·
Blusher brush
·
Face Flat brush
·
Eye shadow brush
·
Blending brush
·
Fan brush
·
Eyebrow brush
·
Lash brush
·
Lip brush
1.Angle Brush
Selalunya digunakan untuk memakai blusher(pemerah pipi),bronzer,highlighter dan
contour.Jadi sekiranya anda suka menggunakan pemerah pipi seeloknya menggunakan
berus makeup Angle Brush.
2.Foundation Brush.
Sudah
semestinya anda semua tahu foundation brush ini untuk apa kan? Tetapi
foundation brush ini untuk foundation berbentuk cair sahaja ya.Take note.
3.Powder Brush
untuk bedak (loose powder/setting powder) diletakkan pada keseluruhan wajah. Jadi
selepas anda selesai meratakan foundation,anda semua boleh lah menggunakan
powder brush untuk meratakan loose powder pada keseluruhan wajah.
4.Blusher Brush
adalah
untuk kegunaan blusher pada pipi sahaja ya!
5.Face Flat Brush
untuk
kegunaan foundation yang dalam berbentuk cecair atau krim berbanding dengan Foundation brush pula hanya
untuk foundation berbentuk cecair sahaja di setiap sudut wajah.
6) Eye shadow Brush
ini adalah untuk mengambil pigment eye shadow
dengan kuantiti yang tepat untuk diletakkan pada kelopak mata.
7) Blending Brush
adalah untuk blend make up (eye shadow) di
kelopak mata anda.
8) Fan Brush
adalah
untuk highlighter pada tulang pipi anda.Jadi apabila menggunakan berus ini maka
tulang pipi akan nampak lebih menonjol dan solekan kelihatan neutral.
9) Eyebrow Brush
untukmengisi atau melukiskan kening menggunakan eyebrow gel atau krim.
10)
Lash Brush
ini
untuk merapikan bulu kening anda yang tidak kemas ataupun dipakai untuk maskara
pada bulu mata cikpuan itu.
11) Lip Brush
ini adalah untuk gincu atau concealer pada
bibir. Tak semestinya kita terus letakkan lipstick pada bibir kita tapi kita
juga boleh menggunakan lip brush untuk letak gincu anda supaya dia jadi lebih
cantik.
Semoga
perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat buat anda di luar sana.Jangan
lupa kongsikan info ini untuk kenalan anda jua ya,biar sama sama jadi cantik.
0 Comments
Hai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.