CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA SECARA ALAMI TANPA UBAT
"aduh pening kepala sampaikan makan tak lalu dan ada kalanya rasa berpusing pusing"
Sakit kepala sememangnya sering menyerang kita semua tidak kira tua mahupun muda.umumnya sakit kepala bagi kebanyakkan orang biasanya berpunca dari cuaca panas,perubahan cuaca,kekurangan tidur,makan tidak teratur dan juga stress yang sangat menganggu kesihatan mental.
sakit kepala yang sering berlaku |
1.Minum air kosong
Air kosong sangat bagus untuk sakit kepala.Hal ini demikian kerana kekurangan minum air kosong yang cukup boleh menyebabkan dehidrasi dan sakit kepala.
antara kebaikan minum air putih adalah dapat melancarkan perjalanan darah dan seterusnya dapat membekalkan oksigen ke seluruh tubuh.Jadi badan akan kekal sihat dan bertenaga.Jangan lupa minum air kosong secukupnya ya agar kekal hidrat sentiasa.
2.Bunga Raya
Bunga raya merupakan sememangnya sinonim oleh orang tua dulu mahupun di kalangan mak mak kita sebagai petua untuk menghilangkan sakit kepala.
caranya cukup mudah dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya lalu ramaskannya dan lumur sehingga rata di kepala.Mesti rasa sejuk dan lega.
3.Menggunakan ais
Ais merupakan boleh membantu mengurangkan ketegangan otot di kepala dan juga tengkuk.Caranya mudah saja rendam tuala kecil yang bersih di dalam bekas yang berisi ais dan letakkan tuala sejuk tersebut di belakang tengkuk,dahi dan juga kepala.
4.Limau kasturi
Limau kasturi merupakan sejenis limau yang mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan.Tidak hairanlah ramai yang menggunakan limau kasturi untuk tujuan masakan bagi menambahkan lagi aroma masakan tesebut.
untuk pengetahuan anda semua,orang dulu dulu biasanya menggunakan limau sebagai rawatan alternatif untuk sakit kepala.Caranya adalah dengan membelah sebiji limau Kasturi ke atas kepala lalu meramas ramaskannya di rambut .
atau cara lebih mudah belah limau Kasturi tersebut lalu perahkan di dalam baldi yang berisi air.Gunakan air perahan limau Kasturi tersebut untuk dibuat mandi.Insha Allah.anda akan terasa segar sedikit dan sakit kepala semakin berkurangan
itu sahaja,perkongsian nuna mengenai cara menghilangkan sakit kepala.semoga bermanfaat untuk semua.Insha Allah.
|
2 Comments
Guna ais tu boleh beku idea hehehe
ReplyDeleteNice tips singgah dari arzmoha.com
tq blog walking di blog nuna:)
DeleteHai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.