TEPUNG BERAS BAGUS UNTUK KULIT CERAH DAN HALUSKAN KULIT WAJAH
Hai semua,pada posting kali ini nuna ingin berkongsikan tentang tips kecantikan dengan menggunakan barang dapur sahaja.Paling penting kita dapat menjaga kecantikan kulit tanpa mengeluarkan wang yang banyak.Pengalaman nuna sendiri,semakin lama mengamalkan penggunaan masker wajah menggunakan tepung beras. kulit semakin halus dan semakin cerah.
Masih ramai orang diluar sana yang masih tidak mengetahui akan kebaikan menggunakan tepung beras sebagai masker wajah.Tepung beras umumnya mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan kulit.Antara kandungannya adalah mengandungi vitamin b,allatoin.
Terdapat banyak manfaat dengan mengamalkan pemakaian masker tepung beras.
1.Mampu mencerahkan kulit wajah(kulit makin halus)
Untuk pengetahuan semua,tepung beras juga mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi untuk merawat kulit wajah yang kusam dan juga tidak bermaya.Oleh kerana itulah setiap kali pemakaian masker tepung beras kulit kita terasa licin dan bersih.
2.Menghaluskan kulit muka
siapa yang ingin memiliki kulit yang halus?cubalah menggunakan tepung beras.Masker tepung beras memberikan nutrisi pada kulit wajah.Protein yang terkandung di dalam tepung beras mampu membuatkan kulit wajah semakin halus dan garis garis kedutan berkurang.
3.Mencegah penuaan
Sememangnya penuaan membuatkan kita rasa tidak yakin untuk melakukan aktiviti seharian.untuk mencegah serta merawat kulit dengan baik,pemakaian masker tepung beras secara konsisten dapat membantu dalam merawat dan juga memperbaiki struktur kulit.
4.Merawat jerawat
mempunyai jerawat pada kulit wajah?jangan risau,anda semua dapat merawat jerawat dengan masker tepung beras kerana tepung beras berupaya membantu memudarkan parut serta mengecutkan jerawat.
5.Mengatasi "eye bag ataupun mata panda"
oleskan sedikit tepung beras di bahagian mata.sapukan setiap malam sebelum tidur.jika diamalkan secara konsisten,mata panda anda semua akan beransur pulih dan hilang.selain itu,tepung beras juga merupakan alternatif lain bagi kopi untuk merawat mata panda.
semoga entri nuna pada kali ini memberi manfaat untuk anda semua.
21 Comments
uuit baru tahu ni.. buat jadi masker senang..
ReplyDeleteletak sikit essence apa kita ada then tepek..
tak payah letak essence pun sis 😊
DeleteMemang kena tepung brand ni jeke jadi hehee ke boleh yg lain
ReplyDeleteboleh je tepung beras brand lain pun asalkan tepung beras :)
DeleteMemang dah try ,skin makin lembut ,seronok ,sejukk je pakai hihihi
ReplyDeleteHihihi,kan memang lembut je kulit lepas pakai tepung beras ni :)
DeleteTepung beras ni kena Masker berapa lama utk dimuka yew sis?
ReplyDeletebiasanya biarkan dalam 10-15 minit.lepas tu baru bilas dengan air bersih..
DeleteKlu nak guna lebih 15 minit boleh ke
ReplyDeleteya boleh saja
DeleteHello saye nk tnye tepung beras ni bole digunakan dekt badan tk
ReplyDeleteya boleh saja guna tepung beras untuk badan
DeleteHy sis klau guna tpung brs dn kunyit bly x..lpstu mcmna nk buat ye
ReplyDeleteboleh saja campur tepung beras dengan kunyit.caranya mudah je just masukkan satu sudu kecil kunyit(tapi jangan banyak sgt takut kuning muka ..hehe ;) pastu masukkan 3 sudu makan tepung beras.
Deletemasukkan air sikit &kacau.lepas tu dah boleh apply dekat muka.
semoga bermanfaat:)
Pakai tepung beras ni boleh tak tunggu smpai esok pagi baru bilas ?
ReplyDeleteyes boleh je sis..nuna pun selalu jugak buat macam tu :)
DeleteKlu campur tepung beras.ubat gigi.vaseline ok jgk kan?
ReplyDeletenuna biasanya just campurkan tepung beras dengan air @air mawar saja...selain dari tu nuna tak pernah cuba lagi :)
DeleteSesuai tak utk kulit muka yg berminyak ?
ReplyDeletesesuai je sebab tepung beras memang fungsi dia boleh serap minyak berlebihan dekat muka :)
DeleteKalau campur alo vera bole ke
ReplyDeleteHai visitor
komen anda begitu berharga .Nuna inshaAllah akan melawat blog blog yang sudi melawat blog ini.Terima kasih drop komen.semoga murah rezeki dan sihat sentiasa.